Wednesday 19 October 2011

SKASH Jualan Trading

  • Memerlukan Pengedar dan Penguna Produk SKASH keluaran Al Haddad Marketing Sdn Bhd.  
  • Perniagaan SKASH - Tiada Pangkat, Tiada NM/PV, Tiada Mantain. Hanya beli produk SKASH minum dan juallah kalau mampu. Atau habaq/kabor/royat/sampaikan kepada rakan2
  • Produk: ARABICA COFFEE CLASSIC (LELAKI), ARABICA COFFEE CLASSIC (PEREMPUAN), Skash Goat Milk Classic , Skash REALLUBE , SKASH SOY COLAGEN CLASSIC
  • Kominyen akan diberi jika anda berjaya membina kumpulan pembeli. Contoh produk - Kopi Arabica lelaki atau Wanita.  
  • Ahli level 1 org yg kita lantik kita sebagai penaja dibayar RM1.00 setiap kotak kopi. 
  • Level 2 yg dilantik oleh org level 1 kita sebagai ketua kumpulan dibayar RM0.80.
  • Level 3 yg dilantik oleh org level 1 kita sebagai ketua kumpulan dibayar RM0.60.
  • Level 4 yg dilantik oleh org level 1 kita sebagai ketua kumpulan dibayar RM0.50.
  • Level 5 yg dilantik oleh org level 1 kita sebagai ketua kumpulan dibayar RM0.40.  
  • Syarikat membayar komiyen atas usaha kita memperkenalkan produk ini kepada rakan2. 
  • Pesonal Sales ialah RM0.70 setiap box dan juga komiyen Group Sales  
  • Stokis Mobile Modal RM 2,000.00 - Komiyen RM0.70 setiap unit
  • Stokis Mobile Modal RM 5,000.00 - Komiyen RM1.00 setiap unit
  • Stokis Mobile Modal RM 10,000.00 - Komiyen RM1.30 setiap unit 
  • Tel: 012 986 5737

MINYAK PELINCIR

REAL LUBE LUBRICANT
RM145 / RM165(SS


Sunday 16 October 2011

ARABICA COFFEE CLASSIC (LELAKI)

Kopi pracampuran Arabika Klasik dengan Tongkat Ali & Ginseng
RM23.00 (SM) / RM26.00 (SS)

- Afrodisiak (perangsang)
- Meningkatkan keinginan. Menjadi lebih intim
- Kesuburan. Memperbanyak jumlah sperma
- Membantu meningkatkan tenaga dan kehebatan lelaki
- Membantu membuang angin dalam badan
- Membantu menghilangkan bisa bisa tulang
- Membantu mengimbangkan hormon dalam badan supaya sentiasa cergas
- Bahan yang dikenali sebagai Quasinoid yang terdapat dalam Tongkat Ali bertindak sebagai anti tumor

ARABICA COFFEE CLASSIC (PEREMPUAN)

Kopi pracampuran Arabica dengan Kacip Fatimah & Manjakani
RM23.00 (SM) / RM26 (SS)
Sentiasa Anggun Dan Menawan

Keistimewaan:

-
 Menyihatkan rahim wanita (amat sesuai untuk ibu-ibu lepas bersalin)
- Baik untuk kesihatan dalaman wanita
- Membantu melangsingkan badan
- Membantu memecahkan lemak di pinggang dan perut
- Membantu mengatasi masalah keputihan
- Membantu menjaga kitaran haid
- Menghalus dan menegangkan kulit
- Membantu mengatasi kulit berkedut
- Melancarkan sistem penghadaman
- Menyingkir angin kotor & gatal-gatal badan
- Menghilangkan bisa-bisa tulang

Saturday 15 October 2011

SKASH SOY COLAGEN CLASSIC

RM35.00 (SM) / RM40.00 (SS)
Keistimewaan kolagen dan protein kacang soya 
Kolagen adalah bahan semulajadi yang terdapat di dalam badan manusia yang berfungsi untuk menjaga struktur dan kekuatan angota badan seperti kulit, sendi, ligament, tendon dan organ-organ lain. Kolagen daripada sumber marin sangat berkesan untuk mengatasi masalah kulit kering, kusam, tidak sekata, berparut dan berkedut. Protein kacang soya juga mempunyai pelbagai kebaikan untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Proses menghasilkan serbuk soya menglibatkan pembuangan lemak, fiber dan karbohidrat dari biji kacang soya.Ini menjadikan minuman ini bebas kolesterol dan sangat baik untuk kesihatan jantung dan menstabilkan kadar metabolisme.Kolagen soya yang diperkaya dengan astaxantin  (sejenis pigmen merah yang didapati pada tumbuhan dan algae) mempunyai pelbagai manafaat tambahan seperti berikut;
  • Meningkatkan antibodi
  • Anti oksida (melindungi sel daripada pengoksidaan radikal bebas. Bertindak mencegah kanser)
  • Kurangkan risiko sakit jantung
  • Menambahkan daya ingatan
  • Menambahkan daya tahan dari serangan penyakit usus
  • Mengeluarkan sel tidak normal di hati
  • Melindungi mata dan kulit daripada tindakan UV A dan UV B.

Untuk memiliki kulit yang lebih muda, cerah dan sekata?

Soy Collagen Classic Skash adalah jawapannya. Minuman yang difomulasikan daripada kombinasi soya dan kolagen boleh melawan garis-garis halus yang timbul, kedut, kulit kusam dan tidak sekata yang berpunca dari umur yang meningkat, stress, pencemaran, terdedah kepada cahaya matahari dan lain-lain faktor yang merosakkan kulit anda.

Formula asli ini akan mengembalikan keanjalan kulit anda dalam masa 15 hari untuk melawan tanda-tanda penuaan dan kulit pramatang disamping secara perlahan-lahan memutihkan dan melembutkan kulit. Hasilnya kulit anda akan kelihatan lebih sihat dan lebih cerah. Minuman ini sesuai untuk wanita semua peringkat umur. Sangat sesuai untuk wanita yang mengandung. Produk ini mengandungi 2 ramuan utama:

Soya - Berfungsi sebagai bahan semulajadi untuk memutihkan kulit dan melembutkan kulit. Ia juga membantu mengurangkan paras kolestrol dan suhu badan dan memberi tenaga yang diperlukan oleh tubuh kita.

Kolagen - Kolagen ialah bahan semulajadi yang mengeluarkan cecair dalam tubuh kita untuk membekalkan struktur pada organ yag berbeza. Kolagen memainkan peranan untuk menjadikan kulit kita kelihatan sihat, muda, lembut, dan sekata. Berpunca dari faktor-faktor seperti peningkatan usia proses-proses pengeluaran kolagen berkurangan dalam tubuh kita. Dengan kolagen hasilnya garis-garis halus dan kedut-kedut akan berkurangan dan menampilkan wajah yang sihat. Sekaligus menghalang proses pengeluaran kedut-kedut dan garis-garis halus yang baru.

Cara penggunaan :
Masukkan satu peket soya kolagen ke dalam air suam, kacau dan minum terus untuk mendapatkan khasiat maksima soya kolagen yang mengandungi vitamin dan protein.

Skash Goat Milk Classic

SUSU KAMBING
RM35.00 (SM) / RM40.00 (SS)






Kebaikkan dan khasiat susu kambing:

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Antara kebaikan susu kambing untuk kesihatan manusia boleh dihuraikan seperti berikut:   
Susu Kambing Mudah Hadam


  • Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.
  • Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.
Alahan Laktosa

  • Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah
  • Susus kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.
Susu Kambing Bersifat Alkali

  • Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.
  • Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.
Susu Kambing Mengandungi Acid Lemak Yang Baik

  • Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yg mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.
 

Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir


  • Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.

Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium

  • Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium

  • Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodiem didapati  mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).

Susu Kambing – Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan

  • Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.
  • Kandungan potassium & calcium yg tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
  • Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit  asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
  • Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
  • Susu kambing juga mengandungi factor anti barah.
 

FAKTA UNIK MENGENAI SUSU KAMBING

Kandungan kalsium dan potasium dalam susu kambing menolong mencegah osteoporosis atau kerapuhan tulang. 

 
1.   Vitamin A dalam susu kambing membantu tumbesaran bayi dan kanak-kanak. Zat-zat galian yang terkandung dalam susu kambing juga mampu mengimbangi metabolisme,membina tulang dan gigi, membantu membina sel-sel darah, tisu-tisu badan serta membantu menajamkan fikiran dan peningkatan fungsi otak (bagi pelajar).

 2. Pengambilan susu kambing yang kerap menolong wanita mengembalikan zat besi semasa kedatangan haid setiap bulan, kekurangan darah (anemia), pendarahan semasa kehamilan serta pendarahan yang banyak selepas bersalin (pendarahan postpartum).
3. Susu kambing membekalkan lemak sebagai pembakar dalam badan, protein untuk pertumbuhan otot, karbohidrat untuk tenaga dan zat galian untuk pembinaan badan.
 4.Susu kambing mengandungi asid nikotinik yang berfungsi membantu pencernaan, meningkatkan kesihatan pada kulit, kelihatan cantik dan berseri.
 5. Susu kambing mengawal sepenuhnya asid hidroklorik dalam perut, mengekalkan kekuatan pesakit dan meminimumkan ketegangan pada otot yang dijangkiti.
 6.Susu kambing juga sangat baik untuk penyakit eczema (kegatalan pada kulit).
 7. Susu kambing mengandungi enzim,vitamin dan zat galian yang menolong mengawal metabolisme kolesterol.
8. Selenium yang wujud dalam susu kambing sebenarnya adalah mineral yang amat penting dalam melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara punca utama kanser dan penyakit-penyakit kronik yang lain pada manusia. Melalui amalan pengambilan selenium setiap hari didapati peratusan akan dihinggapi penyakit-penyakit tersebut berkurangan.
9. Disyorkan kepada mereka yang mengalami beberapa penyakit seperti asma, demam kuning, hepatitis, radang sendi, batuk, rasa letih dan lesu, ulser, diabetes, hilang selera makan, migrain, buasir, sinus, cirit-birit dan bronkitis.

Skash REALLUBE

REAL LUBE LUBRICANT
RM145 / RM165(SS) 

Thursday 13 October 2011

ETIKA PERNIAGAAN DI DALAM ISLAM


TEKS KHUTBAH JUMAAT MASJID
SELURUH NEGERI MELAKA

TAJUK :  ETIKA PERNIAGAAN DI DALAM ISLAM
TARIKH : 9 MAC, 2001 (13 ZULHIJJAH 1421)

Para jemaah yang dirahmati Allah sekalian,
Pada mimbar jumaat kali ini saya akan bawakan kepada tuan-tuan khutbah yang bertajuk " Etika Perniagaan Di dalam Islam "
Sebagaimana yang kita maklum bahawa perniagaan merupakan satu tuntutan agama kepada umatnya kerana dengan adanya perniagaan maka orang-orang Islam dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan selesa. Sekiranya kita menyorot kembali sejarah perniagaan di dalam Islam, ia bermula dengan peranan yang dimainkan oleh Rasulullah sebelum beliau diutuskan menjadi rasul. Di masa kecilnya baginda telah di bawa oleh bapa saudaranya ke negeri Syam untuk berniaga. Ketika usianya meningkat 25 tahun. Baginda telah diupah oleh seorang ahli perniagaan perempuan yang terkenal di Mekah iaitu Saidatina Khadijah Binti Khuwailid untuk menguruskan harta perniagaannya. Sepanjang pengurusan baginda terhadap perniagaannya, Saidatina Khadijah mendapat keuntungan yang berganda-ganda.
Selain dari beliau sendiri ramai sahabat baginda yang menceburkan diri di dalam bidang perniagaan. Mereka mendapat keuntungan yang banyak, antaranya ialah AbdurRahman Bin Auf. Beliau bukan sahaja terkenal di Mekah malahan terkenal juga di Madinah. Di antaranya faktor utama keuntungan yang mereka perolehi ialah kerana mereka berniaga mengikut etika yang digariskan oleh Islam.
Oleh sebab itu kita hendaklah sentiasa peka kepada etika tersebut khususnya barang atau benda yang dijual. Antara syarat pertamanya, jangan ada sesuatu barang yang hendak dijual itu najis seperti babi, arak atau sebagainya. Ini termasuk makanan yang diperbuat atau dicampur dengan salah satu daripada bahan yang najis walaupun sedikit ;
Syarat kedua, barang yang dijual hendaklah bermanfaat kepada pembeli, dan tidak sah dijual seperti semut, kerangka dan sebagainya ;
Syarat ketiga, barang yang hendak dijual adalah milik mutlak penjual itu sendiri dan bukannya milik orang lain kecuali sekiranya dia diwakilkan untuk menjualkannya ;
Syarat keempat, hendaklah barang itu suatu yang dapat dilihat dengan jelas seperti rupanya, warnanya, jumlahnya dan sebagainya; manakala
Syarat yang kelima, hendaklah pembeli menerima suatu yang hendak dibelinya dengan sempurna.
Syarat-syarat tersebut adalah di antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh agama kita, kerana Islam tidak mahu berlaku penipuan atau penyelewengan daripada penjual terhadap pembeli.
Perbuatan  menipu ini sangat-sangat dilarang keras oleh Rasulullah seperti hadisnya yang bermaksud : " Siapa yang menipu kami maka dia bukan dari golongan kami, yakni kita tidak mengaku bahawa orang yang menipu itu dari umatnya "
Saudara kaum muslimin yang dikasihi,
Terdapat sesetengah peniaga Islam yang mengurangkan timbangan atau sukatan. Baginda Rasulullah s.a.w. menasihatkan peniaga ini supaya sentiasa bersikap jujur di dalam timbangan sebagaimana hadis baginda yang bermaksud : " Timbang dan lebihkan timbangan kamu ". Kerana balasan kepada peniaga yang sengaja mengurangkan timbangan atau sukatan dijelaskan oleh Allah dalam surah Al-Mutaffifin ayat 1-3
Maksudnya : " Ada suatu sungai di dalam neraka jahannam itu disediakan bagi orang yang hina, yang apabila mereka menyukat atau menimbang akan sesuatu yang mereka jual maka akan mengurangkan sukatan atau timbangan tetapi apabila membeli barangan dari orang lain mereka akan melebihkan sukatan atau timbangan untung mereka "
Oleh itu saya menyeru kepada peniaga-peniaga Islam agar segera sedar dan insaf serta muhasabah diri adakah selama ini tuan-tuan ada melakukan sifat-sifat terkutuk itu. Sekiranya tidak teruskanlah perniagaan tuan, semoga diberkati Allah. Tetapi sekiranya tuan-tuan ada melakukannya maka bersegeralah berhenti, bertaubatlah kepada Allah kerana kita tidak mahu, selain daripada dosa, darah daging yang terjadi daripada hasil yang haram akan dibakar oleh api neraka. Sebagaimana hadis Rasulullah yang bermaksud : " Mana-mana daging kita yang dari hasil yang haram, maka api neraka lebih utama akan menjilatnya " kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kemewahan yang kita nikmati melalui hasil perniagaan yang haram itu seperti membeli pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya akan memberi keburukan kepada kita semasa di dunia lagi,
Kaum muslimin yang diberkati Allah,
Oleh itu untuk mendapatkan rezeki yang halal melalui perniagaan, setiap peniaga mestilah mengamalkan ciri-ciri murni ketika berniaga seperti jujur, menjual barang-barang yang halal, tidak menipu dacing dan lain-lain. Kerana apa yang kita mahukan ialah keberkatan dari Allah. Apa gunanya kita digelar ahli perniagaan yang ternama, orang kaya, ahli koprat yang terkenal, jutawan, tetapi hasil yang kita perolehi melalui cara yang haram. Untuk menambahkan lagi keberkatan harta perniagaan kita, maka adalah lebih afdal sekiranya harta tersebut dikeluarkan zakat, berderma dan bersedeqah kepada orang-orang susah, anak-anak yatim atau sebagainya.
Kaum muslimin yang dikasihi  Allah,
Agama Islam memang menggalakkan umatnya melibatkan diri di dalam bidang perniagaan yang halal. Kerana melalui perniagaan yang halal, hasil yang kita perolehi akan bertambah sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud : " 90 % rezeki yang Allah berikan kepada manusia di dunia ini, adalah melalui perniagaan ". Manakala dalam Al-Quranulkarim Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 88 yang bermaksud : " Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepadanya, Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman ".

Larangan dalam Perkara Hutang

Dari 'Aisyah r.a. isteri Nabi saw, bahwa Rasulullah saw. sering berdo'a dalam shalat, "Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari adzab kubur, aku juga berlindung kepada-Mu dari kejahatan Dajjal, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan dosa dan lilitan hutang." Ada seorang yang bertanya kepada beliau, "Mengapa Anda sering kali berlindung kepada Allah dari lilitan hutang?" Beliau menjawab, "Sesungguhnya apabila seseorang terlilit hutang, maka bila berbicara ia akan berdusta dan bila berjanji ia akan pungkiri," (HR Bukhari [832] dan Muslim [589]).

Fenomena Hutang Dan Keburukannya

Oleh :Zaharuddin Hj Abd Rahman (www.zaharuddin.net)

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Sila rujuk www.zaharuddin.com.

Kacau Air boleh merubah DUNIA.

Rumahtangga ANDA tidak damai?? Cuba intip bagaimana isteri anda mengacau air semasa membuat air teh atau kopi. Adakah isteri anda mengacau secara berarah jarum jam atau secara berlawan jarum jam? Setiap kejadian ALLAH swt di alam ini semuanya bergerak berlawan jarum jam. Mengikut pakar metafizik, pergerakan secara berlawan jam menghasilkan TENAGA POSITIF.

Dalam Islam, ketika seseorang thawaf di sekitar Ka’bah, maka ia memulai dari Hajar Aswad, dan gerakannya harus ke kiri berlawanan dengan arah jarum jam. Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak ke kiri berlawanan dengan arah jarum jam.


Elektron dan proton di dalam atom mengelilingi nukleus secara berlawanan dengan jarum jam. Di dalam tubuh, sitoplasma mengelilingi nukleus suatu sel berlawanan dengan arah jarum jam. Molekul-molekul protein-protein terbentuk dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam. Darah memulai gerakannya dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam.

Di dalam kandungan para ibu, telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam. Sperma ketika mencapai indung telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam. Peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya. Perputaran bumi pada paksinya dan di sekeliling matahari secara berlawanan dengan arah jarum jam.

Putaran matahari pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam. Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi berlawanan dengan arah jarum jam. Galaksi juga berputar pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam.

Apabila isteri, pembantu rumah dan pembantu office buat air dengan mengacau secara ikut jarum jam secara tidak sedar mereka memasukkan TENAGA NEGATIF kedalam minuman dan akan menghasilkan TENAGA NEGATIF di dalam rumah, tempat kerja, masyarakat dan negara.

Pakar Metafizik juga percaya manusia mulai diserang sesuatu penyakit apabila electron dan proton di bahagian tertentu dalam tubuh bergerak mengikut arah jarum jam.

TETAPI mengapa jam yang kita pakai dicipta bergerak ke kanan…adakah ini ciptaan gerakan FREEMASONS untuk menghasilkan TENAGA NEGATIF di dalam setiap manusia yang memakai jam tangan!!! Aku mencari jam tangan yang jarumnya bergerak dari kiri ke kanan

[Subhanallah..Keajaiban Arah Lawan Jam]

Bagaimanakah anda mengacau makanan atau minuman? Menggunakan arah jam atau arah lawan jam?

Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.

Lihat semua pergerakan ini:

Pada struktur atom, terdapat electrons yg merupakan satu-satunya objek yang bergerak dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi nucleus dlm kedudukan arah lawan jam.


Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.

Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.


Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.


Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.


Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.

Lihat pula syarat tawaf dalam ibadah haji, harus mengikut arah lawan jam.

Tawaf dalam ibadah haji, dilakukan mengikut arah lawan jam.

Mengikut artikel "Rahsia Kaabah" yang saya baca di sini, dijelaskan bahawa antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga sangat besar di Kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab ialah kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam. Bagaimana?


Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule)

Hukum Tangan Kanan

Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikutarah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.

Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.

Jadi dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda.

Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, saya pernah terbaca bahawa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam. Wallahu a'lam.

Jika ini benar, maka terbuktilah keajaiban sunnah!

- Allah Maha Besar,Allah Maha Agung -
- Allahuakbar ! -

Wednesday 12 October 2011

Sunnah Rasulullah s.a.w VS Petua Yahudi

“ berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu..Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil “

1- kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan ( kajian saintis yahudi) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam, tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman haiwan.

Nak ikut Yahudi ke nak ikut Nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, maka makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam, sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2- kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegembaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok yahudi, mereka minum kopi, starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi ditangan mereka.

3- kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4- kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5- para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makananan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu tidak bagus untuk kesihatan 9 gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi ). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6- untuk pengetahuan , para kafir agen dajjal ni agak mengwar-warkan kebaikan minum soya ( sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar ), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurang kesuburan lelaki dan perempuan.

Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuat penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

-Wallahua'lam-

ETIKA PERNIAGAAN MENGIKUT PERSEPSI ISLAM.

Posted by: Mohammad Roslan on: Jun 17, 2011

Falasafah dalam perniagaan mempunyai tiga ciri utama:
  1.  Tujuan – Persolan yang berkisar mengenai kenapa kita perlu      berkecimpung dalam perniagaan?.
  2.  Mengatur strategi perniagaan.
  3.  Nilai dan etika perniagaan yang membabitkan nilai atau polisi  dan  etika yang diatur untuk memacu sesuatu operasi perniagaan.  Bagaimana sikap sebagai seorang pemilik perniagaan bertindak  bersama dengan pekerja untuk menjalankan perniagaan.
 1. TUJUAN BERNIAGA:
Mengikut perpektif cara pemikiran peniaga-peniaga dari barat,  tujuan berniaga bagi mereka cuma mendapatkan keuntungan, tetapi  dengan peredaran masa dan dari pengalaman, perpektif tujuan  perniagaan barat ini telah berubah dengan memberi penekanan kepada, tujuan berniaga sebenarnya adalah untuk memenuhi tanggung-jawab sosial. Perubahan pemikiran falsafah barat ini di sebabkan masyarakat barat kini menganggap seorang peniaga perlu bertanggungjawab pentingkan alam sekitar di kawasan yang dia berniaga, kebajikan masyarakat setempat dan juga kebajikan pekerjanya. Dari pandangan peniaga-peniaga barat, tanggung jawab sosial ini boleh meningkatkan imej sesebuah syarikat perniagaan mereka dari kaca mata masyarakat dan sekali gus boleh meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan atu produk mereka.
Pandangan falsafah perniagaan Islam, lahir dari falsafah kehidupan manusia yang telah ditentukan oleh Islam. Ia berbeza dari falsafah barat yang seringkali berubah mengikut selera atau dari pengalaman. Tujuan berniaga mengikut falsafah perniagaan Islam berasaskan tauhid. Ia berkaitan rapat dengan kesan tauhid dalam kehidupan manusia. Keperluan asas mengikut tauhid adalah:
  1. Agama.
  2. Nyawa.
  3. Akal.
  4. Keturunan.
  5. Harta.
Masa’lih bermakna segala yang memelihara salah satu atau kelima-lima perkara yang tersebut di atas.
Mafa’sid pula bermakna segala yang boleh memberi kesan negatif  ke atas salah satu atau kelima-lima perkara di atas. Islam mengharamkan mafa’sid dalam kegiatan perniagaan kerana ia jelas boleh memberikan kesan yang negatif terhadap pencapaian dharuriyah,  ia itu dalam memelihara kelima-lima perkara di atas. Contoh ialah perniagaan arak diharamkan oleh Islam kerana kita boleh memahami rasionalnya dengan memahami kesan negatif arak terhadap agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda manusia.
Dengan sebab ini lah kegiatan perniagaan dalam Islam adalah dianggap bagi salah satu Ibadah. Sekiranya perniagaan dilakukan dengan niat yang ikhlas serta bersesuaian dengan syariat Islam akan mendapat keredhaan Allah SWT. Maka tujuan membuka perniagaan perlu dimulai dengan niat yang murni untuk memenuhi tanggung jawab seperti berikut:
  1. Keperluan diri secara sederhana.
  2. Keperluan untuk keluarga.
  3. keperluan untuk masa depan diri sendiri.
  4. keperluan untuk keluarga di masa depan.
  5. Perkhidmatan yang disalurkan kepada kepentingan sosial termasuk berusaha menegakan agama Islam, membantu ummah dengan membasmi kemiskinan, menyediakan pekerjaan untuk yang diperlukan dan lain-lain tanggung jawab terhadap masyarakat Islam setempat.
Rasullullah s.a.w pernah memberi motivasi untuk kaum muslimin menceburkan diri dalam perniagaan dengan bersabda: maksudnya.
“Didorong atas kamu ialah perniagaan kerana di dalamnya ialah sembilan per sepuluh daripa rezeki”.
2. Etika peniaga-peniaga yang beragama Islam:
a. Harga Jualan Yang Adil:
Peniaga haruslah menetapkan harga yang adil dan berpatutan terhadap sesuatu barangan jualan untuk pembeli. Harga yang ditawarkan haruslah mencerminkan interaksi normal di antara permintaan dan penawaran harga. Penetapan harga barangan perlu tidak disebabkan oleh sesuatu pakatan yang sengaja diwujudkan di antara peniaga-peniaga untuk mengaut keuntungan dari pembeli. Sekiranya pakatan peniaga berlaku, pembeli tidak punyai pilihan kerana harga barangan dimonopoli dengan nama persatuan-persatuan peniaga cuma untuk meningkatkan harga barangan jualan. Harga yang tidak adil akan menyebabkan golongan berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan tidak akan dapat memenuhi keperluan mereka. Harga yang tinggi yang dikenakan juga akan membawa persaigan sengit sesama peniaga-peniaga dan juga boleh memberi kesan negatif kepada daya maju sesuatu perniagaan untuk jangka masa panjang.
b. Kualiti Perkhidmatan.
Islam sangat menekan kualiti barangan dalam perniagaan khasnya makanan halal yang dihasilkan. Makanan yang dihasilkan tidak berkualiti boleh menjejaskan kesihatan pelangan. Masalah keracunan makanan adalah punca daripada bahan makanan dan pengendalian yang tidak berkualiti. Sekiranya kita memahami falsafah perniagaan Islam, apabila masakan kita memudaratkan kesihatan manusia ia di anggap satu perbuatan yang di murkai Allah swt.
c. Pandangan Islam mengenai menzalimi pekerja:
Salah satu elemen yang penting dalam perniagaan adalah menguruskan manusia agar mereka dapat meningkatkan produktivit dan kualiti pengeluarandalam perniagaan mereka. Untuk mendapatkan komitmen dan rasa tanggung jawaban serta partisipasi daripada pekerja, untuk mencapai matlamat kejayaan dalam perniagaan adalah amat sukar. Yang  penting ialah menjaga hubungan yang baik dengan pekerja dan menjaga kebajikan mereka. Sekiranya kita gagal dalam menjaga kebajikan pekerja kita tetapi di sebaliknya kita memaksa mereka memberikan komitmen terhadap produktiviti maka gelaran yang sesuai  ialah “Zalimi Pekerja”. Dengan ini pekerja yang dizalimi akan mencari jalan keluar dan berhenti bekerja. Bagaimana cara jauhi dari digelar zalimi pekerja?.
  • Memberi upah gaji yang berpatutan. Sesuai dengan mengambil kira produktiviti dan keuntungan syarikat anda. Gaji yang diberikan perlu juga sesuai dengan kos sara diri setempat pekerja itu bekerja. Keadaan inflasi dan juga kenaikan harga barangan perlu diberi perhatian dalam menganggar gaji mereka.
  • Mengambil sesuatu keputusan dengan mengambil kira pandangan dan buah fikiran setiap pekerja untuk memajukan perniagaan. Participation management adalah pengurusan yang melibatkan keseluruhan pekerja. Cara pengurusan ini amat sesuai dalam bidang katering, restoren atau kantin.
  • Mewujudkan suasana kerja yang stabil, harmoni, terurus, bersih dan selamat untuk bekerja. Pekerja perlu merasakan bahawa mereka adalah dihargai, dan sentiasa perlu bekerja dalam satu pasukan. Tidak memberi laluan kepada perselisihan atau pergaduhan di antara sesama pekerja. Selesaikan maslah kontraversi di antara mereka. Ini untuk mengelakan daripada penurunan semangat dan morale pekerja untuk bekerja.
  • Keselamatan dalam kerja adalah penting. Ciri-ciri keselamatan haruslah diambil kira walau pun ini bermakna kos pengendalian dan pengurusan bertambah.
  • Memastikan pekerja diberi peluang melanjutkan pendidikan dan diberi latihan secukup dengan berusaha untuk membangunkan personaliti yang seimbang ditempat kerja. Kita tidak mahu pekerja merasa rendah diri dan sentiasa tertekan.